Drama Apa Celop mengisahkan Aman (Kamal Adli) bersama rakan baiknya Sawi (Taiyuddin Bakar) yang berhasrat menamatkan zaman bujang mereka bersama pasangan masing-masing, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Mengambil jalan mudah, mereka yang sudah lama melibatkan diri dalam perlumbaan haram bercadang berlumba untuk kali terakhir dan wang kemenangan itu akan digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka secara meriah.
Mako (Azad Jasmin) yang menjadi pencabar kepada Aman dikenali sebagai ketua samseng dan juga Raja Rempit. Wan Sharmila melakonkan watak Marsha, seorang gadis desa bakal dijadikan habuan untuk pemenang perlumbaan tersebut. Dalam diam sebenarnya Marsha ada cerita tersendiri di sebalik kehadirannya. Pelbagai tragedi berlaku dan bermacam gelagat dapat disaksikan menerusi drama terbitan Excellent Pictures ini.
Apakah kaitan Marsha dengan Aman? Dapatkan Aman dan Sawi melangsungkan perkahwinan yang diidamkan mereka dan siapa yang akan memenangi perlumbaan tersebut? Saksikan drama Apa Celop untuk slot Aksi TV3, bermula Isnin, 20 Februari 2012, jam 9 malam hanya di saluran Inspirasiku. TV3!
Drama menarik Apa Celop mewarnai malam Isnin anda selama 13 minggu bermula 20 Februari 2012 ini. Apa Celop, buah tangan terbaru pengarah Ahmad Idham dengan skrip oleh Meor Shariman membariskan pelakon-pelakon muda tanahair sebagai bintang utama.
Dibintangi nama-nama berbakat seperti Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabella, Azad Jasmin, Zed Zaidi, Wan Sharmila dan ramai lagi, drama ini menjanjikan penonton setia TV3 dengan aksi yang cukup menarik dan mencabar. Bukan sekadar karya berkisarkan dunia perlumbaan haram, Apa Celop menjanjikan kelainan dari segi penceritaan yang menggabungkan elemen komedi, cinta, konflik selain memberi pengajaran kepada anak muda berhubung isu kemasyarakatan ini.
For those who want to download this drama,you all can download here..
BalasPadamhttp://zyandashand.blogspot.com/2012/02/apa-celop-2012-tv3-aksi-mkv.html
SHARING IS LOVING..