Namun, pemilihan skirt yang terlalu pendek ketika menghadiri sidang media sempena mempromosi sebuah konsert di Rio de Jeneiro, Brazil, baru-baru ini menyebabkan bintang itu tidak senang duduk.
Ketika menghadiri sidang media tersebut, bintang berusia 19 tahun itu mengenakan baju yang mempunyai potongan belahan dada yang luas berserta skirt pendek dan kasut tumit tinggi.
Ekoran tidak selesa mengenakan skirt pendek itu, Selena dilihat sentiasa menarik dan memegang skirtnya agar tidak terlalu terdedah.
Keadaan itu ditambah lagi dengan kehadiran jurugambar yang tidak putus-putus mengambil gambar bintang muda tersebut.
Jelas kelihatan riak wajahnya yang kurang selesa dengan situasi terbabit.
Selena yang dikenali menerusi program televisyen Disney menyatakan dia mahu keluar dari imej kanak-kanak comel dan mahu menjadi dewasa dalam industri hiburan.
"Saya mahu berpakaian cantik seperti selebriti dewasa yang lain dan terus berkembang dalam industri hiburan," katanya. - AGENSI
0 ulasan:
Catat Ulasan