Ziana Zain Mengaku Cucuk Wajah

Ada khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu.

Menurut laman Murai,Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.

"Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya.

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan.

Jelas Ziana, dia mengambil masa yang agak lama untuk yakin dengan suntikan kolagen, meskipun beberapa individu yang rapat dengannya termasuk doktor kosmetiknya dan adiknya Anuar Zain, telah lama menasihatinya untuk mendapatkan suntikan berkenaan.

"Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya.

"Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.

"Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.

"Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh.

Tidak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara.

Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya.

Ziana Zain Cucuk Kolagen

"Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini.

"Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya.

"Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisi lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top