Money Drop: RM100 Ribu Milik Faeiz & Aisyah!

Sejak pasangan Hazril dan Arzi memenangi RM100,000. Tiada pasangan lain yang memenangi jumlah wang yang sama atau lebih daripada mereka. Namun selepas 16 episod berlalu, pasangan Faeiz dan Aisyah telah berjaya memenangi RM100,000 dalam cabaran RM1,000,000 Money Drop.

Sebelum itu, pasangan sebelum ini iaitu Syed dan Anas yang hanya tinggal satu soalan untuk diharungi telah gagal menjawab soalan terakhir dengan tepat seterusnya gagal memperoleh RM20,000 yang dipertahankan sejak soalan keempat. Dengan hanya satu ikatan wang tunai yang bernilai RM20,000, mereka menjawab setiap soalan bermula soalan keempat dengan tepat sehingga soalan kelapan.

Money Drop

Peserta seterusnya, pasangan ibu dan anak, Laila dan Balqis memulakan cabaran RM1,000,000 Money Drop dengan baik apabila menjawab soalan pertama dengan betul dan masih bergelar jutawan. Dapatkah mereka mempertahankan wang tersebut? Jangan lupa saksikan RM1,000,000 Money Drop minggu hadapan, Sabtu dan Ahad, 9 malam di Astro Ria (104).

1 ulasan:

  1. aisyah 2 kawan sekolah sy di smk pendamaran jaya... tahniah aisyah, dpt 100ribu.. :)

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top