Pengurus Beto Kusyairy, isterinya yang kini menjadi pengurusnya, Tisha Shahar. Kesemua persiapan dilakukan isterinya yang juga seusia dengannya.

Terlanjur bercerita mengenai populariti dan wajahnya yang kini menjadi pilihan ramai penerbit dan pelakon wanita yang ingin menjadi heroinnya, timbul pula idea untuk bertanya bagaimana impak yang ada kepada hubungan mereka suami isteri.

Jelas Beto yang menyifatkan isterinya seorang yang memahami dan penyokong nombor satunya, apa yang menjadi keutamaan dan penting dalam sebuah perkahwinan adalah percaya dan yakin.

“Saya mengenali Tisha sejak di UiTM lagi. Kami bercinta dan mengenali antara satu sama lain hinggalah berkahwin pada 1 Februari empat tahun lalu. Justeru keserasian dan persefahaman yang ada antara kami begitu kuat dan utuh. Tisha sentiasa menyokong saya dan percaya dengan apa yang saya ada.

“Kini walaupun sudah mula dikenali, tiada apa yang berubah. Cuma sebagai seorang suami, rasa tanggungjawab perlu sentiasa ada. Umpamanya kini saya sudah banyak menerima tawaran berlakon dan digandingkan dengan ramai pelakon wanita lain, apa yang perlu dilakukan adalah melihat perwatakan dan skripnya terlebih dulu.

“Saya tidak buat apa saja kerana ada hati yang perlu dijaga. Walaupun isteri faham dan tidak pernah mempersoalkan perkara itu, namun saya sendiri sedar pasti terbit juga rasa cemburu. Lantas saya fikir tidak manis jika saya tidak meletak garis panduan dalam setiap lakonan kerana status suami itu terlalu besar tanggungjawabnya.

“Mujur Tisha menemani saya dan menguruskan jadual lakonan. Saya bertuah. Lihat saja sekarang, saya selesa apabila semua urusan kerja dipikul sepenuhnya isteri,” katanya.

Tambah Beto, status selebriti hanya satu kerjaya namun jiwanya masih sama seperti orang lain.

Lantas jelasnya, jika tidak terikat dengan mana-mana lakonan, Beto dan isteri akan meluangkan masa makan dan menonton wayang bersama.

“Kerja sebagai pelakon memang sibuk dan ada kalanya membataskan aktiviti menarik seperti mana pasangan lain. Mana tidaknya, hari cuti atau hujung minggu pun selalunya saya duduk di lokasi penggambaran.

“Justeru jika ada saja kelapangan, saya akan membawa isteri untuk makan malam bersama atau bersiar-siar menenangkan fikiran,” katanya.

Walaupun sudah menjengah usia empat tahun perkahwinan, Beto bersama isterinya masih menanti rezeki menimang cahaya mata.

Beto Kusyairy

Jelasnya, siapa pula yang tidak mahu anak cuma rezeki itu saja yang belum sampai buat mereka berdua.

“Memang saya ingin menjadi seorang ayah kerana itulah yang kami berdua impikan sejak awal bercinta lagi. Namun hingga kini belum ada rezeki. Bagaimanapun saya dan isteri tidak mengeluh kerana setidak-tidaknya dalam usia perkahwinan yang masih baru seperti ini, dapat juga kami meluangkan masa bersama.

“Insya-Allah jika sampai waktunya nanti, kami berdua menerima dengan hati yang terbuka,” katanya.

2 ulasan:

  1. muke beto mnis...lakonan nye juge bgus...ade stail..adexhrpn dpt anugrh plkon lelaki terbaek..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top