"Inilah kelainan yang kami bawakan dalam album Sang Enemy. Kami mahu mengenengahkan muzik metal dan post-hardcore kepada arus perdana. Kami mengenali The Padang dan ini peluang kami untuk bekerjasama dengan mereka." ujar Noh.
Mengulas lanjut pemilihan DJ Souljah dalam lagu Ke Selatan, Noh berkata "Semangat keakraban itu menjadi tunjang pemilihan mereka dalam album ini. Hubungan itu sangat utuh. Contohnya DJ 1 2, Wise (Teriyaki Boyz & Urbanslice) dan Tarantula (Spontania & Urbanslice) dari Jepun sanggup menyumbangkan kerja seni mereka demi semangat Asia. Ia yang buat kami sangat terharu."
Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Janji Kita yang mengetengahkan Yuna yang sedang mencipta nama di Amerika. Elemen rock berat dari lagu tersebut diserikan dengan dendangan merdu dari Yuna.
Tidak dinafikan album keempat yang dihasilkan Hujan ini mengambil masa yang agak lama dan begitu teliti prosesnya. Lagu - lagu seperti Rumah Kita, Mana Mungkin, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, DBS, Ke Selatan dan Kembara.
Mereka turut menegaskan yang ini risiko yang perlu diambil oleh kumpulan Hujan kerana sebagai pemuzik, mereka bukan membuat album mengikut kehendak penonton tetapi berharap agar Raingers akan terus menyokong kerjaya mereka.
Pada masa yang sama mereka juga ingin membuktikan muzik keras juga mampu menyampaikan mesej positif seperti elemen keamanan dan perpaduan. Hanya lagu DBS atau Dia Bukan Segalanya yang lebih cenderung bertemakan cinta jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain.
Ketika ditanya mengapa Sang Enemy dipilih, Noh menjawab dengan penuh keyakinan bahawa ia mewakili mereka yang tertindas dan kini bangkit untuk melawan balik. Hujan juga turut merancang untuk mengadakan jelajah bagi menghargai para peminat mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan