Pelakon Memey Suhaiza kini hamil enam minggu oleh doktor. Memey melahirkan rasa syukur apabila dikurniakan anugerah terindah itu selepas sembilan bulan mendirikan rumahtangga dengan Norman Hakim.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya. Terus-terang pada awalnya Memey memang tak sangka Memey mengandung. Namun setelah melakukan ujian kehamilan kali kedua dan disahkan positif, Memey gembira sangat-sangat.


“Pada mulanya, Memey buat ujian kehamilan sendiri sebab lambat datang bulan. Memey tergerak hati nak lakukan ujian kehamilan. Masa buat itu, debaran dia lain macam saja. Tidak dinafikan, Memey rasa takut dan berdebar sangat. Bila positif, Memey beritahu abang Norman dan dia teruja sangat.

“Sejujurnya, bila keputusannya positif, Memey tak percaya dan bagi mendapatkan kepastian, kami pergi ke klinik dan doktor memang mengesahkan Memey hamil. Memey menangis kerana gembira sangat-sangat.

"Begitu juga dengan abang Norman, dia gembira sangat dengan berita ini. Anak-anak pun seronok sebab mereka nak dapat adik,” ujar Memey yang kini sibuk menjalani penggambaran drama 13 episod, ‘Jerangkap Cinta’.

“Sejak kebelakangan ini Memey sangat sibuk dengan penggambaran drama. Memey dah tandatangani kontrak dan mempunyai komitmen sehingga hujung Julai depan. Abang Norman risau juga dengan keadaan Memey dan dia selalu ingatkan Memey supaya makan ubat. Dia juga pesan kepada kru produksi supaya tolong jaga dan tengokkan Memey di set,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top