Bagi menyemarakkan lagi bahang kejohanan EURO 2012, pihak Media Prima dengan kerjasama penaja utama - Maxis - akan menganjurkan acara padang terbesar iaitu `EURO 2012 Viewing Party? dan `Kembara Bola EURO 2012? istimewa buat peminat bola sepak di luar sana.
Menariknya, acara padang ini bukan saja menawarkan pelbagai aktiviti menarik, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk berhibur dan mendekatkan diri dengan barisan personaliti TV3 dan artis popular tanah air.
Selain itu, sepanjang minggu sehingga Jun, penonton juga dapat merasai demam EURO 2012 secara berterusan menerusi beberapa program menarik yang diatur TV3 seperti Soccer Kids, Scoreboard, Sorak Borak EURO, Bola Mania dan Gila Bola.
Sorak Borak
PROGRAM Sorak Borak akan memulakan siaran pada 13 Jun hinggga 1 Julai ini, sebanyak 10 episod bersama pengacara yang terdiri daripada Kieran dan Tabah, dibantu Nadia, Azahari dan Amat (Amekaw). Sorak Borak bakal bersiaran secara langsung dari Restoran Rasta, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan Sri Pentas TV3. Sorak Borak akan membincang dan menganalisis perlawanan yang bakal berlangsung, selain segmen menarik seperti interaksi bersama penonton dan tilikan Mr. J (seekor kambing).
Skrin gergasi
`EURO 2012 Viewing Party' pasti akan menarik tumpuan penggemar bola di sekitar Lembah Klang untuk turut serta bagi menyemarakkan lagi demam EURO 2012.
Acara yang berlangsung di Sri Pentas pada 8 Jun dan 29 Jun ini, manakala pada 1 Julai ini, bertempat di Red Carpet Avanue, The Strand, Kota Damansara, akan memberi peluang kepada peminat fanatik beramairamai menyaksikan perlawanan menerusi skrin gergasi yang disediakan.
Penampilan khas pasukan Harimau Muda tentunya akan menggamatkan lagi pesta bola ini. Selain itu, kami juga menawarkan pelbagai bentuk hiburan kepada pengunjung seperti mini konsert penyanyi popular, gerai pameran, cabutan bertuah, sesi ramah mesra bersama barisan personaliti dan pelakon drama TV3, pertandingan mewarna, perlawanan bola sepak menerusi PS3 dan banyak lagi. Bola sepak ternyata tidak akan meriah tanpa sokongan peminat, justeru, bertemakan `Real Fans Real Football', pihak kami menyediakan gerai `Fanzone' bagi memberi peluang peminat mendapatkan serta mengumpul cenderahati eksklusif pasukan kegemaran.
Kembara Bola
BUKAN saja peminat bola sepak di Lembah Klang dapat menikmati aktiviti dianjurkan Media Prima, bahkan peminat luar kawasan Lembah Klang juga berpeluang mengikuti jelajah EURO 2012 bersama kami menerusi Kembara Bola.
Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka (15 Jun) dan Dataran Tok Gajah, Temerloh, Pahang (23 Jun) bakal menjadi lokasi pilihan bagi Kembara Bola. Acara ini akan diisi pelbagai permainan yang boleh disertai pengunjung seperti bola pantai, bola jaring, sukaneka, bola kain pelekat, klinik bola sepak dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh berhibur dengan persembahan barisan selebriti menerusi konsert mini serta wayang pacak drama dan filem terbitan Grand Briliance.
0 ulasan:
Catat Ulasan