Trivia final Mentor 6

* Zatul akan bergandingan dengan Ziana Zain menerusi lagu Nakal yang pernah dipopularkan kumpulan dari Indonesia, Gigi serta Sedang Ingin Bercinta oleh Dewa 19. Untuk persembahan solonya pula, protege Fauziah Ahmad Daud ini tampil menyampaikan lagu rock, Pelesit Kota dan Pawana selain sebuah lagu baru,Tersihir ciptaan sepenuhnya Manusia Putih.

Mentor 6

* Manakala Anas pula akan menggamatkan suasana dengan lagu Cinta Muka Buku secara solo dan kemudian berduet bersama Hazama menerusi lagu popular Faizal Tahir sendiri iaitu Selamat Malam. Anas pertama kali akan menyampaikan lagu barunya berjudul Hanya Dirimu, hasil kerjasama Omar K,Audi Mok dan Faizal Tahir.

* Lebih menariknya, malam esok turut akan menghimpunkan kembali mentor-mentor yang pernah mengukir kejayaan dalam musim terdahulu untuk membuat persembahan pembuka tirai pentas. Antaranya Zainal Abidin menerusi lagu Manis, Amy Search dengan lagu Aku, Mas Idayu (Robek Hatiku), Ziana Zain (Setiaku Di Sini) dan Erra Fazira (Hanya Di Mata).

* Persembahan penutup Mentor 6 akan menggandingkan kesemua protege, Caroline, Zatul,Anas,Tisha,Ana, Syuhada dan KJ bersama penyanyi Zamani dan barisan anggota asal Slam menerusi lagu medley kumpulan itu seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Gerimis Mengundang sempena `tribute¿ kepada Slam.

* Mentor musim keenam masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus (juri awam) yang terdiri daripada kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik.

* Juara Mentor 6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala naib juara (RM30,000) dan tempat ketiga (RM10,000).

* Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top