Tom Cruise dan Katie Holmes mengambil keputusan untuk bercerai setelah 5 tahun mendirikan rumah seta ada anak perempuan berusia enam tahun, Suri.

Peguam Holmes, Jonathan Wolfe semalam mengesahkan bahawa kedua-dua pasangan itu akan berpisah.

Cruise, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan Nicole Kidman pada 1990.

"Kate telah memfailkan permohonan mahu bercerai dan Tom amat sedih dan memberi tumpuan ke atas tiga anaknya," kata jurucakap Cruise, Amanda Lundberg dalam satu kenyataan kepada Newsday.

Tom Cruise - Katie Holmes divorce

Katie Holmes, 33, memfailkan permohonan cerai di Manhattan.

Dalam permohonan itu, Holmes memohon agar diberi kebenaran untuk menjaga Suri.

Cruise dan Holmes mendirikan rumah tangga pada 17 November 2006 di Los Angeles. Majlis perkahwinan mereka yang mewah telah diadakan di istana kurun ke-15 di Bracciano, Itali.

Cruise yang genap 50 tahun Selasa ini berkahwin dengan pelakon Mimi Rogers pada 1987 dan ketika berlakon dalam filem Days of Thunder pada 1990, dia rapat dengan Kidman. Tom Cruise dan Nicole Kidman bercerai pada 2001.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top