Sinopsis Sitkom Ana Enta

Ana Enta mengisahkan sebuah kelas tuisyen yang diuruskan Ustazah Naimah dan ayahnya Haji Bashir. Pada hari pertama kelas bermula, lima orang pelajar hadir untuk memulakan pembelajaran. Kesemua mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menguasai bahasa Arab tetapi atas sebab yang berbeza.

Watak-watak terdiri daripada Syukri, Idris, Ridwan, Vasantha dan Jenny. Idris ingin belajar bahasa arab kerana dia hendak menunjukkan kepada bapa bekas tunangnya bahawa dia boleh berbahasa arab dan Syukri hanya menemani beliau. Ridwan ingin mendalami bahasa arab. Vasantha dan Jenny pula mendapat peluang perkerjaan di tanah arab. Saksikan gelagat-gelagat mereka mempelajari bahasa arab.

Untuk episod pertama, penonton akan dapat menyaksikan keletah usik mengusik mereka tatkala pembelajaran kelas bahasa Arab bermula. Paling tidak dapat dilupakan gelagat mereka semua ketika mengunjungi sebuah restoran Arab selepas selesai kelas. Kesemua mereka cuba menggunakan beberapa perkataan Arab yang sudah dipelajari.


Sitkom Ana Enta arahan Sabri Yunus.

Sitkom yang akan menemui penonton bermula 1 Julai ini akan ke udara setiap Ahad, jam 8.30 malam yang membariskan pelakon hebat seperti Sabri Yunus, Betty Banafe, Munir, Kristina Vinokree, Angelina Tan, Along Eyzendy dan Khusairy Chua.

Sabri berkata, untuk mendapatkan hasil yang baik dia perlu mencari pelakon yang bukan pelawak tapi lebih kepada pelakon komedi. Walaupun perlu berlawak, pada masa sama, pelakon komedi masih boleh membawakan watak mereka dengan berkesan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top