Ada orang yang sanggup menyebar fitnah mengatakan pelakon kacak Remy Ishak meninggal dunia. Lain kali selidik le dulu betul ke idak. Perkara kematian ni tak boleh dipandang ringan.

Ini penjelasan Remy...

“Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.

Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.

Remy Ishak

Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.

“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.

Okay...Remy Ishak masih hidup dan semakin sihat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top