Festival Filem Pekak Malaysia/India

Sebanyak 10 filem yang dihasilkan golongan cacat pendengaran dari India dan Malaysia akan ditayang pada Festival Filem Pekak Malaysia/India di Kuala Lumpur pada 15 Julai.

Delegasi 17 anggota dari India, termasuk enam peserta dari Coimbatore, akan mengambil bahagian pada festival filem itu sempena sambutan ulang tahun ke-15 Persekutuan Orang Pekak Malaysia, demikian dilaporkan akhbar The Hindu di sini, hari ini.

Anggota Deaf Empowerment Activities For Literacy Education Accessible Development Employment Rehabilitation and Sports (DEAF LEADERS), Coimbatore, turut menyertai delegasi itu, kata akhbar berkenaan. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top