Pementasan teater puisi tari, Primadona.. Perahu Mimpi karya teater naskhah Rahimah Muda arahan Zamri Pangat bakal menampilkan deretan pelakon hebat termasuk kemunculan semula Que Haidar yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk `bersara' daripada dunia lakonan.

Teater amal yang dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, bermula 22 hingga 26 Jun ini turut dibintangi Emelda Rosmila, Maulana AF, Emma AF, Hady Tahir selain penuntut kelas Linda Jasmine (LJ) Studio serta penari daripada Triple A Entertainment.

Teater ini berkisar seorang wanita bernama Primadona yang membuka sebuah rumah hiburan. Dia seorang janda yang mahu menyelamatkan perempuan yang menjadi mangsa rogol atau wanita yang ditolak masyarakat. Bagaimanapun, rumah hiburan berkenaan disalah erti sebagai rumah maksiat.

Pementasan itu direalisasikan dengan kerjasama Pride Foundation, Malaysia Tourism Centre, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara selain penaja lain seperti Avon, Aviva-Active, Sari Ayu, Necafe, Flora Etc dan Veritas Architects Sdn Bhd.

Pas menonton persembahan ini dijual dengan dua harga berbeza iaitu RM80 dan layak mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan butik (untuk maklumat katalog sila layari www.aviva-active.com.my dan sah tiga bulan saja) dan RM100 berpeluang memenangi hadiah misteri di pintu masuk dewan.

Que berkata, pada mulanya, dia hanya menjadi jurulatih lakonan untuk teater ini, namun tanpa diduga pengurus studio milik Linda mencadangkan namanya sebagai pelakon.

Teater Primadona...Perahu Mimpi

"Melihat kepada semangat pelakon yang datang dari Johor, saya bertambah bersemangat dan merindui suasana berlakon teater," katanya.

Daripada hasil kutipan keseluruhan jualan pas menonton sebanyak RM10,000 akan didermakan kepada Pride Foundation.

Pas menonton seperti harga yang dimaklumkan boleh diperolehi dengan menghubungi LJ Studio (03-42701777) dan lokasi Butik Aviva-Active (03- 22881120, 03-56318304 dan 03-21417777).

Isteri Que yang juga koreografer tarian, Linda Jasmine turut bertindak sebagai pengarah artistik dan dibantu pengarah tari , Azura Abal Abas. Linda sebelum ini menerusi Linda Jasmine Performing Arts Studio pernah bekerjasama dengan DBKL bagi pementasan teater muzikal KL Energetik pada Mac lalu di Panggung Bandaraya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top