The National One Child One Hope Charity Concert 2012 akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC, pada 30 Jun nanti. Adibah Noor akan menjadi pengacara dan turut sama membuat persembahan.

Dianjurkan oleh Smart Reader Worldwide, acara itu bertujuan mengumpul dana bagi menyediakan biasiswa bagi kanak-kanak daripada keluarga kurang kemampuan untuk mendapat didikan pra sekolah di Smart Reader.

Membabitkan, persembahan 1,000 pelajar Smart Reader, Adibah Noor memilih tema rangkaian lagu motivasi untuk disampaikan pada acara itu nanti.



"Saya akan membawakan lagu seperti The Greatest Love Of All dan sudah tentunya, Terlalu Istimewa serta beberapa lagu lagi bagi memenuhi sesi 30 minit persembahan," katanya merancang mengeluarkan jenama pakaian khusus untuk wanita 'plus size'.

Selain Adibah, majlis yang bakal dicatatkan menerusi Malaysia Book Of Records itu turut dimeriahkan dengan persembahan Zamil Idris dan Miss Malaysia 2011, Chloe Chen.

Bagi mereka yang bermurah hati dan berminat menyaksikan persembahan itu bolehlah menghubungi talian 03-23002555 (sambungan 401/402/403/404).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top