Buat peminat Miley Cyrus dan Liam Hemsworth, ada berita baik untuk anda.

Aktor Hollywood kacak Liam Hemsworth telah mengikat pertunangan dengan penyanyi dan pelakon remaja Miley Cyrus.

Pasangan selebriti itu mengumumkan pertunangan mereka di laman sosial Twitter, hari ini.

"Terima kasih untuk sokongan anda. Kami gembira dan bersyukur dengan pertunangan ini," kata Hemsworth.



Pasangan tersebut bertemu pada 2009 ketika Hemsworth, 22, menjalani penggambaran filem The Last Song.

Dalam pada itu, Cyrus, 19, turut menulis 'Saya sangat gembira dan bersedia untuk melayari kehidupan bersama Hemsworth' di Twitternya.

Hemsworth berkata, cincin pertunangan yang diberikan kepada Cyrus merupakan hasil buatan tangan pada sekitar 1880 atau 1890.

"Cincin tersebut mempunyai reka bentuk asli berserta nilai estetika yang tinggi," katanya.

Pelakon kelahiran Australia itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya Empire State di New Orleans. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top