Bukan saja tertumpu di sekitar Lembah Klang, malah beberapa artis juga akan dibawa ke negeri lain seperti Perak, Pulau Pinang dan Johor. Di samping bersorak untuk negara kegemaran, peminat juga boleh beramah-mesra serta mendekati golongan artis yang terbabit.
Memulakan siri jelajah di itu, Melaka dipilih sebagai lokasi pertama yang bakal menampilkan artis jelita, Neelofa serta finalis Mania, iaitu Aril. Walaupun perlawanan yang menemukan Poland menentang Greece itu hanya akan bermula pada jam 11.59 malam, namun Aril dan Neelofa akan berada di lokasi terbabit iaitu Restoran Nasi Kandar Subaidah seawal jam 10 malam.
Maka, sebelum perlawanan bermula, peminat serta pengunjung akan diberikan peluang terlebih dulu untuk beramah-mesra dengan dua selebriti itu.
Lokasi seterusnya akan ke Restoran De Mall, Pahang pada keesokan harinya dan turut bersama-sama turun padang adalah pelakon Bunohan, Pekin Ibrahim serta Pierre Andre bagi menyaksikan perlawanan antara Netherland menentang Denmark. Pada Jumaat minggu seterusnya, lokasi akan kembali ke Kuala Lumpur iaitu di Restoran NZ Curry House bagi perlawanan Netherland menentang Jerman yang menampilkan Aizat dan Amir Jahari daripada Go Gerila! sebagai selebriti undangan.
Pada 15 Jun pula, teristimewa buat orang Perak, kumpulan yang terkenal dengan kehebatan menyanyi sambil menari, VIP pula akan menemani penonton di sana bertempat di Restoran Nasi Vanggey, Greentown, untuk menyaksikan pertarungan antara Sepanyol dan England. Seterusnya, bagi yang meminati pelakon hebat, Aaron Aziz dan Fasha Sandha, inilah masa terbaik untuk turut serta dengan mereka di Restoran Hakim, Shah Alam pada 16 Jun ini. Mereka akan membuat kemunculan di lokasi berkenaan seawal jam 10 malam bagi pertemuan Sweden dan England.
Hero Malaya kegilaan ramai, Remy Ishak serta pemenang anugerah Artis Wanita Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), Tasha Shila pula akan muncul di Restoran Habib, Bandar Seri Alam, Johor Bahru pada 19 Jun ini bagi perlawanan Itali menentang Ireland. Manakala, Izara Aishah dan Fizo Omar pula akan berada di Rasta, Taman Tun Dr Ismail, pada 23 Jun.
Tidak dilupakan, Black dan Remy Ishak akan menjadi jemputan untuk memeriahkan lokasi terakhir di Restoran Nasi Kandar Subaidah, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 1 Julai nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan