Zarina Anjoulie berlakon sebagai seorang jururawat bernama Azura dalam filem Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT) arahan Mamat Khalid yang melakukan penggambaran di sekitar Taiping, Perak.

Dalam filem ABFT, Azura yang bertugas di sebuah kampung diminta untuk merawat penduduk kampung yang sudah bertukar menjadi makhluk aneh akibat menjadi bahan uji kaji sebuah makmal sains.

Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT)

ABFT adalah filem kedua daripada Mamat selepas Amir Dan Lukman Ke Laut. Sebelum itu, Zarina menjalani penggambaran filem Ular terbitan KRU Studio dan membuat persiapan untuk memenuhi undangan bagi rakaman program bertaraf antarabangsa Fear Factor yang dijangka dilakukan di Afrika Selatan.

Berdarah campuran Melayu, Iran dan Scotland, Zarina mula dikenali di pentas lakonan menerusi drama bersiri Anak Pontianak terbitan Pesona Pictures arahan oleh Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Mengulas berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, dia mengaku kali ini ada perasaan gelisah kerana berasakan tidak memberikan mutu lakonan terbaik sedangkan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Walaupun pengarah tak cakap apa-apa, tapi saya tetap berasa tidak senang hati.

Macam tak puas, ada sesuatu yang tidak kesampaian dalam menghidupkan watak yang diberikan.

“Tapi saya memang sangat berbesar hati, puas dan bangga kerana dapat berlakon dengan nama besar dalam filem seperti Awie, Adi Putra, Sofi Jikan dan Jehan Miskin. Saya masih dianggap baru dalam bidang lakonan.

“Peluang berlakon bersama mereka satu pencapaian yang besar dalam kerjaya saya,” jelasnya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top