Menurut Shila, idea untuk menghasilkan produk kesihatan ini sudah lama difikirkannya. Namun, kerana kesibukan dalam menguruskan jadual hariannya menyebabkan niat itu sentiasa ditangguh.
"Alhamdulillah, kini produk, Collagen Enrich ini berjaya dipasarkan. Saya juga telah mendapatkan beberapa pembekal untuk memasarkan produk ini.
"Saya tidak akan mengadakan sebarang majlis pelancaran kerana kami telah memiliki ejen terbesar dan pelanggan tetap untuk promosi serta memasar produk ini.
"Saya memang berhasrat untuk memiliki produk kecantikan sendiri kerana saya amat menitikberatkan soal kecantikan," katanya.
Meletakkan harga yang berpatutan, RM49.00, Collagen Enrich dapat membantu menganjalkan, meremajakan, memutih dan melembutkan kulit, menguatkan akar rambut, membantu mengatasi masalah lemah badan serta membantu masalah kuku dan kulit kaki.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan daya ingatan dan sistem imunisasi badan, mengurangkan jeragat, mengatasi masalah sukar tidur, mengecilkan pori-pori terbuka, mengurangkan
kedutan halus, bebas daripada kolesterol serta mengawal minyak di permukaan kulit.
0 ulasan:
Catat Ulasan