Sinopsis drama Aku Tak Percaya Cinta

Aku Tak Percaya Cinta mengisahkan dua gadis yang dibesarkan ibu bapa angkat mereka saling bersaing merebut kasih dan perhatian keluarga antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Luna dan Elia tidak pernah tahu realiti sebenar diri mereka sebagai anak angkat kepada pasangan Mahadi dan isterinya, Mirza. Mereka dibesarkan bersama seperti adik-beradik kandung tetap masih wujud api cemburu di dalam hati Luna dan Elia. Mereka juga tidak pernah sependapat.

Sama ada soal keluarga mahu pun perniagaan yang diurus, apa yang diutamakan mereka adalah siapa lebih mendapat perhatian?

Masing-masing mahu diberi lebih kedudukan oleh ibu bapa mereka. Apapun, dalam soal jodoh dan cinta nampaknya Elia nyata lebih bernasib baik berbanding dengan Luna.

Elia dijodohkan dengan anak orang kaya, Irshad. Walaupun berstatus tunangan orang, Irshad sebenarnya sangat menyukai Luna. Pun begitu, Luna pula enggan mempercayai cinta kerana kegagalannya dalam perhubungan yang lalu. Bagi Irshad, apa pun terjadi dia akan tetap berusaha memburu cinta Luna.

Izzue Islam

Di pihak Elia sendiri, gadis ini nekad mempertahankan cintanya terhadap Irshad. Lalu, bertambah parahlah sengketa antara Luna dan Elia sehingga mereka bermusuh. Kisah cinta tiga segi yang berlaku membuatkan Elia menganggap Luna mahu merampas Irshad daripadanya. Justeru, pelbagai konflik muncul.

Walaupun tampil sederhana dan agak kasar, Luna lebih bijak berbanding Elia serta menyerlah dalam banyak perkara. Namun kelebihan Elia pula adalah dia lebih feminin, lembut dan sangat menjaga perasaan ibu bapa mereka. Jadi, sukar untuk mereka berdua mengalah kerana sedar kelebihan masing-masing.

Sampai bilakah persengketaan itu berlanjutan?

Drama bersiri Aku Tak Percaya Cinta untuk siaran TVi (saluran 180 RTM di Astro).

PELAKON AKU TAK PERCAYA CINTA: Izzue Islam (Irshad), Sura Sojangi (Luna), Reen Rahim (Elia), Hafizzuddi (Mahadi), Norseha (Mirza), Fazlina Datuk Ahnmad Daud (Shiren), Nizen Ayob (Kamil), Mahmud Ali Basha (Datuk Omar), Tasha Aziz (Datin Ruby), Azza Elite (Mariam), Rashid Jaafar (Pak Jamal), Maimon Mutalib (Mak Gayah) dan Bil Azali (Norman)

DRAMA: Aku Tak Percaya Cinta
TERBITAN: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PRODUSER: Rosyam Nor
PENULIS SKRIP: Sharifah Abu Salem
PENGARAH: Harris Fadzillah Abd Samad

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top