Pihak Neelofa memberikan tempoh selama tujuh hari berkuat kuasa hari ini kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
"Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kontroversi kedua-dua pelakon itu tercetus apabila Anzalna mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa kononnya pelakon dan pengacara Nona itu telah memfitnah dirinya.
Anzalna mahu selesai cara baik
Pelakon drama bersiri Indera Joned, Nur Anzalna Nasir akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara dia dan Neelofa dalam tempoh tujuh hari ini.
Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima sebarang notis tuntutan penjelasan daripada pihak Neelofa.
Mengakui tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya, Anzalna turut menegaskan, dia bersedia bersemuka dengan pelakon dan pengacara itu.
"Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman.
"Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Neelofa hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan