Datuk Aziz Sattar mengalami masalah sesak nafas dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang sejak Sabtu lalu.

Anaknya, Fandakiah, 44, berkata, Aziz Sattar atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Ajis terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang setelah mengadu sesak nafas.



"Pada mulanya dia mengadu penat, selepas itu nafasnya mula tidak teratur dan kami menghantar ayah ke hospital. Ayah sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit.

"Setakat ini, keadaannya masih stabil. Namun masih dalam pengawasan pihak hospital. Buat masa ini, dia tidak mahu menerima sebarang pelawat daripada pihak media dan ingin berehat," katanya lagi.

Berita mengenai keadaan kesihatan beliau diketahui menerusi Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Minggu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon veteran, Osman Kering, 57, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada organ.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top