Program terbaru selama 26 episod itu bertujuan untuk memudahkan rakyat negara ini yang ingin melancong ke lima negara iaitu Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan serta mendapatkan informasi berhubung lokasi yang menyediakan makanan halal serta kemudahan beribadah.
Berdasarkan kepada kajian Astro Oasis, rakyat Malaysia gemar melancong ke lima negara berkenaan dan tentu sekali mereka tercari-cari di manakah lokasi makanan halal.
Heliza berkata, bergelar pengacara bagi rancangan Rasa Halal Antarabangsa siaran Astro Oasis merupakan satu peluang luar biasa apabila dia dapat meneroka pelbagai jenis makanan di lima buah negara.
Pengalaman berada di Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan itu amat menarik kerana dia juga dapat melihat perkembangan Islam di negara berkenaan.
“Ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan bernilai buat saya. Bukan mudah untuk saya merasai kepelbagaian makanan halal yang terdapat di tempat orang. Ia amat menakjubkan,” katanya
Rasa Halal Antarabangsa terbitan syarikat produksi E-Style Sdn Bhd ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula 28 Jun ini di Astro Oasis (saluran 106) pukul 7.30 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan