Aku reda. Aku berserah. Ini antara ungkapan yang sering dilafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Takdir ialah qada dan qadar yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.

Namun, sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Mulai 6 Jun 2012, TV3 mempersembahkan satu lagi progam majalah dokumentari terbaru berjudul Takdir yang bersiaran setiap Rabu, jam 9.30 malam.

Berkonsepkan semi dokumentari, Takdir akan menyingkap pelbagai cerita menarik dari realiti kehidupan manusia yang berdepan pelbagai dugaan seperti bertarung dengan insiden cemas serta menghadapi nasib insan yang memerlukan. Program bersiri yang telah membuka tirainya pada 6 Jun lalu, bukan saja sarat adegan mendebarkan, tetapi juga menyelitkan unsur yang boleh dijadikan sebagai iktibar, tentunya akan membuatkan penonton tersentuh dan lebih memahami suasana dan kejadian yang menyayat hati.

Program 13 episod ini bukan saja memberi penghargaan besar terhadap insan yang dianggap seperti pahlawan tempatan yang sanggup bekorban demi individu lain, malah ia juga menjelaskan kepada penonton mengenai kehebatan semangat harmoni etnik yang wujud di kalangan rakyat Malaysia.

Menariknya program ini, ia akan dipersembahkan dalam bentuk santai beserta format yang mudah difahami penonton. Selain itu ia juga memuatkan rujukan visual, enakmen semula insiden dan juga temubual bersama mereka yang terbabit menerusi setiap episod program Takdir.

Terdapat pelbagai kisah menarik yang bakal dipertontonkan menerusi program Takdir yang diterajui Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit menerusi terbitan Primeworks. Jadi, jangan lupa membuat janji temu bersama TV3 untuk menyaksikan program terbitan Primeworks, Takdir setiap Rabu jam 9.30 malam di TV3.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top