Andaiku Tahu Sinopsis

Drama bersiri Andaiku Tahu menceritakan tentang seorang lelaki bernama Rohim, suami, ayah dan anak kepada seorang ibu tunggal. Rohim ada seorang adik perempuan yang langsung tidak memahami hati seorang wanita walaupun kehidupannya dikelilingi oleh golongan wanita. Dia merasakan dirinya sudah cukup memahami keperluan wanita.

Rohim pula, berasakan dirinya cukup sempurna dan berjaya jika dibandingkan dengan rakan seusianya. Pada usia yang muda, dia sudah memiliki empayar perniagaan yang hebat atas usaha sendiri, keluarga yang bahagia serta anak perempuan yang cemerlang dalam pelajaran bernama Norita.

Disebabkan merasa dirinya cukup sempurna, Rohim menjalinkan hubungan dengan Bella, setiausaha peribadinya yang lebih 'urban' berbanding isteri, Intan yang dirasakan kekampungan dan demi menjaga hati keluarga, anak dan suami yang dicintai, Intan melakukan pengorbanan besar meminang Bella untuk suaminya.

Namun, sayangnya pengorbanan Intan itu tidak dihargai oleh Rohim selepas mengahwini Bella, dia mula mengabaikan Intan dan keluarganya. Ketika itu juga, Norita menyalahkan ibunya kerana mengizinkan ayahnya berkahwin lain.

Intan mengharapkan 'payung syurga' tetapi sebaliknya Bella bukanlah wanita seperti yang disangkakan. Bella mahu merebut sepenuhnya kasih sayang dan kebahagiaan daripada Rohim yang sebelum ini menjadi milik Intan dan Norita, dia nekad mahu Rohim menceraikan Intan.

Campur tangan keluarga Rohim yang sedar Intan dipergunakan, menimbulkan rasa marah dalam diri lelaki berkenaan. Dia memarahi Intan yang tidak tahu menahu rancangan keluarga Rohim ingin mengembalikan Rohim ke pangkal jalan.



Intan kemudiannya membawa diri mencari ketenangan manakala Norita pula menumpang tinggal di rumah kawannya. Sangkaan Rohim, Bella akan terus setia kepadanya meleset di mana satu hari rahsia Bella menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain terbongkar.

Rohim mula terfikir kekurangan dirinya hingga membuatkan Bella sanggup bermain kayu tiga, rumah tangganya porak peranda dan hubungan dengan keluarganya semakin renggang.

Dalam usaha mencari semula jawapan itu, Rohim bertemu Norisah, seorang isteri teraniaya, Ika, seorang anak yang terabai dan Rohani, seorang ibu yang dahagakan kasih sayang seorang anak. Selepas pertemuan dengan ketiga-tiga wanita itu, Rohim mula sedar mengenai isi hati seorang wanita. Namun adakah semuanya sudah terlambat?

Barisan Pelakon Andaiku Tahu: Julia Ziegler, Shahrolnizam, Lisdawati, Puteri Fateen Nasuha dan Norman Hakim

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top