Parut Asyikin mengisahkan seorang wanita jelita yang muncul secara misteri di pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi, di bawah jagaan Ustaz Muas. Kemunculan Ashikin mengubah kehidupan Muas yang selama ini setia mengajar agama di pondok itu.
Selepas kematian isterinya, Kalthum, Muas berkahwin dengan Asyikin bagi mengelakkan fitnah.
Namun, perkahwinan itu membongkar peristiwa dua dekad lalu.
Parut pada tubuh wanita berkenaan mengingatkan Muas pada peristiwa kejam dan tragis yang menyaksikan kematian bapa Asyikin di tangannya dan tubuh Asyikin ketika bayi dikelar kejam.
Menginsafi dosanya terhadap mereka, Muas bertekad menjaga Ashikin hingga mendorongnya membina rumah di tengah tasik. Muas berbuat begitu kerana dia pernah mendengar bisikan bahawa isterinya akan mati disengat labahlabah hutan.
Telefilem Parut Asyikin sentuhan pengarah Sabri Yunus menemui penonton Astro Citra Ahad ,17 Jun 2012 jam 10 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan