Universal Music dan Sony Music dengan bangganya telah melancarkan satu program untuk mencungkil bakat baru dan mencari 'Superstar Malaysia' terbaru dalam program, Muzikini Audition.
Menurut Pengurus Besar Universal Music, Loan Cheong, Muzikini Audition adalah usaha dan komitmen ke arah memeriahkan lagi industri muzik tempatan.
“Dengan kerjasama AEON Malaysia, kita dapat membawa uji bakat bagi mencari Superstar Malaysia terbaru ke luar Bandar dan menentukan bagaimana bakat tempatan beraksi secara “live” bersama penonton.
“Bagi anda yang bercita-cita menjadi penyanyi, band ataupun solo, daftarlah di laman Facebook Muzikini dan hadiri uji bakat yang ditetapkan,” jelasnya.
Hadiah bagi juara kategori band, berupa wang tunai RM3,000 dan RM1,500 untuk kategori solo, selain berpeluang merakamkan single bersama syarikat rakaman yang terlibat.
Beberapa sesi uji bakat bersiri Muzikini Audition akan diadakan seperti berikut;
1. AEON Ipoh Station 18 Shopping Centre (2 & 3 Jun)
2. AEON AU2, Setiawangsa Shopping Centre (16 & 17 Jun)
3. AEON Rawang Shopping Centre (14 & 15 Julai)
4. AEON Alpha Angle Shopping Centre (8 & 9 September)
5. AEON Cheras Selatan Shopping Centre (13 & 14 Oktober)
6. AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre (24 & 25 November)
7. AEON Tebrau City Shopping Centre (15 & 16 Disember)
0 ulasan:
Catat Ulasan