Filem Ghost Buddies dialih suara ke bahasa Melayu bertajuk Kawan-Kawanku Hantu. Filem komedi hantu ini menampilkan Zizan Razak sebagai watak utama filem alih suara tersebut.

Filem Kawan-Kawanku Hantu turut menggunakan khidmat suara daripada pelakon terkenal yang lain seperti Sharifah Shahira dan Harun Salim Bachik.

Filem terbitan Astro Shawa Sdn. Bhd dan Double Vission Pictures Sdn. Bhd. itu hanya akan ditayangkan esklusif di Astro First bermula semalam.

Apa yang menarik, dialog yang digunakan adalah sama sekali tidak sama dengan filem asal Ghost Buddies.

Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shaira hanya menggunakan kreativiti mereka demi memastikan setiap dialog yang diucapkan pada setiap babak bersesuaian dan mencuit hati dan dalam masa yang sama jalan cerita sala filemnya masih dikekalkan.

Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd , Gayatri Su-Lin Pillai berkata, filem alih bahasa itu dihasilkan selepas filem Ghost Buddies mendapat sambutan.

"Dengan sambuatn yang kami terima dairpada filem asalnya, kami mengambil peluang untuk menghasilkan filem alih suara khas buat peminat filem Malaysia.

"Namun, kami memberi suatu intepretasi kandungan yang lebih segar, mencuit hati dan lucu dari pengalih suara yang terdiri daripada pelawak-pelawak terkenal Malaysia," katanya.

Filem Ghost Buddies yang telah ditayangkan di pawagam sejak 10 Mei lalu dibintangi oleh pelakon dan pelawak terkenal Singapura, Mark Lee serta pemegang Anugerah Pelakon Hong Kong Terbaik iaitu Maggie Shiu sebagai peneraju utama.

Filem Kawan-Kawanku Hantu

Astro First bakal menawarkan dua pilihan bahasa untuk filem Kawan-Kawanku Hantu iaitu dalam versi bahasa Cina (Hokkien) atau dalam bahasa Melayu.

Pelanggan hanya dicajkan dengan harga RM15 untuk setiap tempahan filem ini dan mempunyai pilihan masa menonton mengikut keselesaan masng-masing dalam tempoh 48 jam setiap pembelian.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro First, Shoba Devi berkata pihaknya mahu menyesuaikan filem asal yang berbahasa Cina kepada penonton di pasaran tempatan.

Jom tengok lawak kelakar Kawan-Kawanku Hantu!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top