Caroline juara Mentor 6 di konsert final Mentor 6 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Caroline selaku juara Mentor 6 membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala Zatul naib juara (RM30,000) dan Anas tempat ketiga (RM10,000).

Undian Final Mentor 6
Caroline - 15 + 43 + 13 : 71
Zatul - 17 + 34 + 9 : 60
Anas - 16 + 26 + 8 : 50

Caroline Mentor 6

Final Mentor menyaksikan pertembungan hebat antara Caroline (protege Ella), Zatul (protege Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan Anas (protege Faizal Tahir). Kesemua protege iaitu Zatul, Caroline dan Anas ada kekuatan masing-masing dan mereka semua telah memberikan persembahan yang terbaik.

Lagu baru Harus Cintamu ciptaan Ajai untuk Caroline. Tinggalkan Yang Lalu ciptaan Adi Sixth Sense adalah lagu baru yang diciptakan khas untuk Zatul. Hanya Dirimu lagu yang dicipta oleh Faizal Tahir untuk Anas

Mentor 6

Mentor musim keenam mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus (SMS) dan 20 peratus (juri awam) yang terdiri daripada kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik.

Musim ini turut mempersembahkan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Boo Jay (Floor Fever) sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik serta dua orang juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top