Program Rooftop menemui penonton setiap Khamis, jam 8.30 malam di ntv7 bertemakan santai dengan menggunakan muzik akustik.

Berbeza rancangan nyanyian lain, Rooftop akan mula bersiaran 6 September ini. Ia membawakan penonton melihat persembahan artis popular tanah air menyanyi atas bumbung bangunan berlatar-belakangkan keindahan panorama dan bangunan pencakar langit di tengah kota raya Kuala Lumpur. Rooftop menampilkan dimensi baru dan lama dunia nyanyian termasuk Aizat, Estranged, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Bunkface OAG sepanjang 13 episod rancangan itu.

Penerbit program Rooftop, Khairul Anuar Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Susu berkata, konsep program Rooftop pertama direalisasikan di stesen TV di Malaysia.

"Sering kali kita melihat artis kita membuat persembahan mereka di acara pentas seperti konsert, majlis keramaian, pertandingan, pesta mahupun di karnival. Namun agak pelik jika mendengar mereka bakal melalak di atas bumbung. Benarlah kalau di namakan penyanyi berbakat campak ke mana pun mereka tetap akan menghiburkan peminat mereka. Itulah dimensi baru yang bakal penonton saksikan di dalam program Rooftop.

"Bagi saya, konsep nyanyian di atas bumbung sememangnya berbeza kerana ia seolah-olah menggambarkan kebebasan seseorang penyanyi. Bersiaran selama setengah jam untuk setiap episod, Rooftop bukan saja menyajikan persembahan penyanyi malah membawa penonton mendekati artis kesayangan mereka dengan genre dokumentari-muzikal. Rooftop dilihat mampu menarik ramai penonton kerana pendekatannya segar, lebih mesra dan menyeluruh melalui temubual artis bersifat peribadi dan kerjaya serta pilihan lagu hits yang dirakam secara live," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan di ntv7 sila layari laman sesawang www.ntv7.com.my dan tonton semula rancangan kegemaran di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru ntv7 melalui akaun Facebook dan Twitter.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top