Ghazala Javed, seorang penyanyi popular Pakistan yang melarikan diri daripada puak Taliban untuk meneruskan karier muzik, mati ditembak di Peshawar.

Menurut polis, Ghazala Javed yang baru berusia 24 tahun, ditembak enam kali oleh beberapa lelaki bersenjata ketika dia meninggalkan pusat kecantikan.



Polis memberitahu mereka tidak mengesyaki puak Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.

Bagaimanapun, polis percaya bekas suami mangsa adalah suspek utama kes berkenaan.

Bapa mangsa yang berada bersama Javed turut terbunuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top