Sinopsis Miss Octopus

Miss Octopus menceritakan permusuhan di antara Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan menggelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Miss Octopus TV3

Persengketaan mereka menjadi semakin kelam kabut apabila seorang pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran dan tidak percayakan cinta hanya kerana takut untuk melahirkan bayi, mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza. Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti seorang perempuan yang gedik. Bahkan, setiap peluang yang ada digunakan Cik Oktober untuk berkepit dengan Dr Shah Reza sehinggakan beliau sanggup memasak dan menyediakan bekalan sematamata untuk diberikan kepada jejaka pujaan hatinya.

Namun begitu, Dr Shah Reza yang sememangnya sedar akan minat Cik Oktober terhadap dirinya, tidak begitu selesa dengan sikapnya. Dia sering melarikan diri bagi mengelak bertemu dengan Cik Oktober. Hakikatnya, Dr Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran. Baginya wajah Asmira seakan-akan seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Malangnya, Cik Oktober mula perasan akan kemesraan di antara Dr Shah Reza dan Asmira. Ini membuatkan perasaan benci dalam diri Cik Oktober terhadap Asmira semakin membuak-buak. Apabila Asmira diundang untuk makan malam bersama Dr Shah Reza, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?

Drama bersiri menarik Miss Octopus diarahkan Jamal Khan dan skrip Azlina Pa'Wan. Pelakon drama Miss Octopus hebat seperti Rozita Che Wan, Nabila Daly, Fahrin Ahmad, Nas T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib.

Jangan ketinggalan untuk menonton drama lucu Miss Octopus mulai 24 Jun 2012, setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan Miss Octopus boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Teaser Miss Octopus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top