Sinopsis Drama 6 Progresif

6 Progresif  episod akhir menyaksikan Cikgu Ahmad menghadapi masalah besar dan pening kepala disebabkan karenah Rempit dan Sideburn. Mereka telah ditangkap oleh Lembaga peperiksaan kerana percubaan untuk mencuri kertas peperiksaan STPM.

 Untuk menyelesaikan masalah itu, Nik telah dilantik oleh Cikgu Ahmad untuk mencari kebenaran dan membuktikan siapa yang patut dipersalahkan atas kejadian ini. Jika Nik tidak berjaya untuk menyelesaikan kes ini, Rempit dan Sideburn akan dikenakan tindakan berat. Mereka akan dilarang untuk menduduki peperiksaan akhir STPM dan lebih teruk lagi mereka akan dibuang sekolah!


Dapatkah Nik menyelamatkan Rempit dan Sideburn daripada menerima hukuman dan dibuang sekolah?

Saksikan kesudahan kisah persahabat ini dalam episod akhir 6 Progresif pada Khamis ini, 14 Februari jam 8.30 malam hanya di TV9!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top