Babak Bogel Dakota Fanning Yang Pertama
Pelakon berbakat, Dakota Fanning, kini sudah dewasa dan bakal mendedahkan tubuhnya buat kali pertama dalam filem Very Good Girls.

Dakota, 18, akan beraksi di sisi Elizabeth Olsen dan Boyd Holbrook dalam filem berkenaan.


"Saya tak pernah melakukannya sebelum ini dan baru saja diizinkan berbuat demikian. Saya baru saja mencecah 18 tahun, jadi tentunya ia perkara sensitif, namun ia juga sebahagian daripada kehidupan," katanya kepada MTV News.

Filem terbabit mengisahkan bagaimana dua gadis berkenaan menuju ke alam dewasa dan persahabatan mereka teruji apabila mereka jatuh cinta kepada lelaki sama. Dakota mempunyai babak ranjang bersama Boyd dalam filem terbarunya itu.

Ia bukanlah peranan kontroversi pertama lakonannya. Pada 2007 dia dikritik hebat apabila melakonkan babak rogol dalam filem Hounddog. Walaupun tidak perlu berbogel, namun dia hanya berusia 12 tahun ketika itu. Sebahagian pengkritik dan pertubuhan agama berasakan dia terlalu muda untuk memainkan watak mangsa rogol.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top