The Dream Sisters
The Dream Sisters, program TV9 berbentuk kisah realiti adik-beradik dan disiarkan menerusi TV9 pada setiap Isnin, pukul 10.30 malam dalam slot 9X.
Empat beradik tersebut ialah Amirah Hani Umaruddin, 28, Anis Nabilah, 26, Aimi Nadhirah, 25, dan Aisyah Hasnaa, 22, bertuah apabila diberi peluang berkongsi kisah kehidupan mereka.
Apa yang pasti rancangan realiti itu menampilkan kisah mereka mencapai impian dan cita-cita, di samping memberi inspirasi kepada penonton.
Di sebalik kehidupan seharian, The Dream Sisters turut memaparkan kisah Amira menyertai kelas yoga dan tomoi, Anis pula terpaksa menghadapi kesukaran dalam mengejar impiannya untuk membuka sebuah restoran.
Sementara itu, Aimi bergelut dengan pekerjaan dalam bidang produksi serta perkahwinan dan Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian ke London.
Rancangan itu juga membolehkan empat beradik tersebut berkongsi pengalaman mereka sekali gus memberi contoh terbaik kepada remaja.
Ini kerana untuk mencapai kejayaan yang dihajati, ia tidak semudah yang disangkakan.
“Walaupun kami tinggal di Subang Jaya, Selangor, keluarga kami ajar kami bersikap tidak putus asa dalam hidup dan berusaha untuk dapat duit poket sendiri, itu untuk memberi inspirasi kepada penonton nanti,” ujarnya.
Bersedia dikritik melalui program berkenaan, adik-beradik Anis yang lain sepakat untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan mereka melalui program itu nanti.

keluarga islam yang tidak menggambarkan mereka orang islam...dari segi pakaian, penampilan, cita-cita yang dikejar tiada sandaran, impian yang ingin dicapai semuanya penuh dengan keduniaan semata...
BalasPadam