Sinopsis telefilem Kerana Dia
Kerana Dia mengisahkan kehidupan Ariq, usahawan muda yang menerajui syarikat milik bapanya, Datuk Hashim. Selain berkelulusan dari universiti terkemuka antarabangsa, Ariq amat terkenal di kalangan rakan-rakan kerana kekayaan dan cara hidup yang berkiblatkan Barat.
Sebut saja mana-mana kelab malam ternama atau gadis jelita di kota raya, semuanya berjaya ditawan dan ditakluk Ariq. Terkenal dengan sikap pantang dicabar, Ariq menyahut cabaran rakan-rakannya yang mahu dia mengahwini gadis kampung yang sudah semestinya bukan selera dan pilihan Ariq.
Hadiahnya cukup lumayan, bukan saja dia akan memiliki gadis impiannya Reyna, malah dia akan dihadiahkan dengan sebuah kereta mewah idamannya.
Dalam keghairahan mencari mangsa sesuai untuk dijadikan korban permainannya, Ariq bertemu Suraya, iaitu anak gadis kepada bekas tukang kebun keluarganya. Sifat dan latar belakang kehidupan Suraya benar-benar berbeza dengan Ariq.
Bukan saja dikenali sebagai seorang gadis berperwatakan lembut, suci lagi naif, Suraya amat patuh kepada ajaran Islam selain taat pada kedua-dua orang tuanya. Kehidupannya yang sederhana terisi dengan melakukan perkara berfaedah serta menepati syariat.
Suraya dilihat amat bertepatan untuk dijadikan mangsa pertaruhannya. Biarpun pada awalnya keluarga Suraya berbelah bahagi untuk menerima pinangan Ariq, namun kerana terhutang budi, Suraya yang juga guru kelas Fardu Ain menerima pinangan itu dengan hati yang reda dan ikhlas.
Ariq adalah cinta pertama Suraya dan sebolehnya-bolehnya dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik kepada suaminya. Setiap perlakuan dan layanan terhadap Ariq lahir daripada hati yang penuh ikhlas.
Ariq yang pada asalnya mengahwini Suraya kerana cabaran, ditakdirkan mulai jatuh cinta pada kecantikan dalaman Suraya. Sedikit demi sedikit Ariq cuba memperbetulkan dirinya, akhlak serta ibadatnya. Tertanam di dalam hati mahu menjadi pelindung dan pembimbing Suraya.
Kehidupan mereka berjalan dengan baik dan semuanya kelihatan sempurna dan teratur hinggalah pada suatu hari, Ariq dan Suraya terserempak dengan rakan-rakan lama Ariq ketika mereka sedang membeli-belah.
Ariq terkedu. Segala kesilapan lalu seakan-akan ditayangkan kembali di kotak fikirannya. Perkara yang paling dikhuatiri Ariq akhirnya terjadi. Rakan-rakannya membuka kisah silam dan memberitahu Suraya bahawa perkahwinannya dan Ariq sudah dirancang Ariq untuk menyahut cabaran mereka.
Bagaimanakah Suraya mengharungi konflik yang melanda dirinya? Suraya dibelenggu sama ada untuk mempercayai kata-kata Ariq atau pergi jauh dari kehidupan lelaki yang pernah memberinya harapan.
Saksikan telefilem Kerana Dia arahan Amran Roni yang disiarkan menerusi TV AlHijrah pada jam 9.30 malam 8 Feb 2013.
Kerana Dia membariskan pelakon Hafiz Anak Wayang sebagai Ariq, Diana Amir (Suraya), Sobri Anuar (Datuk Hashim) dan Rozita Che Wan (Datin Fatimah).

0 ulasan:
Catat Ulasan