Filem dokumentari Backstreet Boys
Kisah hidup kumpulan popular Amerika, Backstreet Boys (BSB) bakal difilemkan dalam bentuk dokumentari.
Dokumentari yang masih dalam pembikinan itu merupakan arahan Stones In Exile‘s Stephen Kijak dan dijangka siap musim luruh ini.
Ia mengisahkan perjalanan band itu daripada mereka kecil sehingga membesar dengan menjadi salah satu artis yang menduduki 30 teratas dalam penjualan global.
“Ini adalah peluang yang sangat hebat untuk menghasilkan filem yang tidak disangka oleh sesiapa pun.
“Apa yang mendorong saya untuk menghasilkan projek ini adalah keterbukaan dan kerelaan mereka untuk memaksa diri mereka kepada keadaan yang kurang selesa, jujur dan mempercayai pasukan kami untuk membimbing mereka.
“Ini bukan sesuatu yang berkaitan dengan 3D Boy Band... sangat seronok bekerja dengan mereka sewaktu mereka mengembara kepada masa lampau dan mula melihat masa depan,” kata Kijak dalam satu kenyataan kepada Inside Movies.
Dalam pada itu BSB berkata, “kami sentiasa mahu membuat filem dan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk berkongsi cerita kami sempena ulang tahun ke-20 BSB.”
“Kami sangat teruja dengan kerjasama yang begitu bertenaga ini,” katanya.
BSB dianggotai A.J. McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson dan Brian Littrell sudah ditubuhkan sejak 1993.

0 ulasan:
Catat Ulasan