Pementasan Teater Semerah Padi arahan Rosdeen Suboh, bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 22 hingga 31 Disember ini. Barisan pelakon lain yang turut beraksi ialah Baharuddin Omar sebagai Tok Penghulu, Baby Erin (Galak), Bohari Ibrahim (Jejaka), Azlan Komeng (Kelana), Abu Bakar (Ayah Taruna), Azizah Mahzan (Ibu Aduka), Siti Habsah (Ibu Taruna) dan Zolkafli Komeng (Kachiwa).

Teater Semerah Padi ini mengimbas semula kegemilangan filem Melayu klasik. AQda elemen baru dalam persembahan Semerah Padi yang diubah sedikit untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

Teater Se-Merah Padi (Semerah Padi)

Sinopsis Teater Semerah Padi

Dua sahabat akrab, Aduka dan Teruna ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top