Menerusi laporan akhbar Harian Metro semalam, Jalani yang diketahui umum sebagai suami kepada produser terkenal, Raja Azmi telah menghubungi akhbar tabloid berkenaan untuk menjelaskan perkara berkenaan.
Isu bermula apabila, Zaleha, 47, secara eksklusif telah memberitahu dalam ruangan sisipan Berita Minggu, B-Pop, Ahad lalu yang dia dan Jalani mempunyai 'hubungan istimewa' tetapi tidak sedikitpun mengetepikan Raja Azmi.
Tindakan Zaleha telah menambahkan kontroversi di mana pada minggu lalu, pasangan Jalani dan Raja Azmi telah tampil dalam sebuah akhbar harian untuk membuat penafian yang mereka sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga malah mahu bercerai.
Gosip rumah tangga mereka itu dikatakan berpunca daripada penyebaran gambar mesra Jalani bersama Zaleha di internet dan Raja Azmi sendiri mendakwa wujud pihak ketiga yang cuba mengganggu rumah tangga mereka.
Harian Metro semalam juga melaporkan, Jalani telah memberitahu yang dia dan isteri, Raja Azmi sentiasa menghargai jasa serta nilai persahabatan Zaleha yang juga janda anak empat itu sejak mereka berkenalan setahun lalu. Namun tindakan Zaleha mengeluarkan kenyataan sebegitu amat mengguris hati dia dan isteri.
"Apa yang boleh saya cakap sekarang, segala keputusan ada dalam tangan saya. Biarlah saya memikul tanggung jawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik. Apa yang penting, saya amat menyayangi keluarga saya dan menghormati perasaan isteri saya," kata Jalani menerusi laporan yang ditulis Roslen Fadzil itu,
Jalani juga berkata, buat masa ini dia menasihatkan Raja Azmi supaya tidak memberi sebarang komen mengenai kenyataan Zaleha itu dan meminta pihak media juga tidak mengganggu isterinya buat sementara waktu.
"Biarlah saya menyelesaikan perkara ini secara tertutup antara kami. Saya sebenarnya percaya ada dalang di luar sana yang cuba menghancurkan serta mengganggu rumah saya dan Raja Azmi," kata Jalani dengan tegas.
~ Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan