Filem Petaling Street Warriors yang berlatarbelakangkan Jalan Petaling pada tahun 1908 mengisahkan sepasang suami isteri, Shi Duyao (Mark Lee) dan Zhung Lichun (Yeo Yann Yann) mengusahakan gerai mee Hokkien di kawasan yang dikawal oleh samseng.
Kehidupan Duyao berubah apabila dia bertemu seorang pakar kungfu Xiaoju (Chris Tong), yang mendakwa bahawa dia adalah keturunan Maharaja Jianwen yang hilang ketika Dinasti Ming.
Filem Petaling Street Warriors bercorak komedi dapat dinikmati oleh penonton dari Malaysia dan juga luar negara. Malah "Petaling Street Warriors" telah mendapat kritikan positif daripada peminat di Taiwan dan Hong Kong.
"Petaling Street Warriors" ditayangkan di Malaysia pada 1 Disember dan Singapura pada 29 Disember 2011.
0 ulasan:
Catat Ulasan