Aweera lupakan kisah lalu
Perjalanan hidup manusia tidak semuanya sempurna. Apa yang dilalui, ada ketikanya indah untuk dikenang, ada masa pahit untuk ditelan. Momen-momen itu jugalah yang mewarnai kehidupan seharian kita selama ini.
Apa yang pasti, sama ada baik atau buruk, setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga dengan apa yang dirasai oleh penyanyi, Aweera.
Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini, namanya menjadi tumpuan. Pelbagai cerita kurang enak didengar bertebaran melibatkan dirinya, lebih-lebih lagi apabila dia dilihat berbalas-balas memberi kenyataan dengan penyanyi dan juga komposer, Edry.
Semuanya bermula selepas penyanyi asal lagu Romancinta itu dikatakan disingkirkan daripada membawakan lagu tersebut pada satu penganjuran majlis berprestij baru-baru ini.
Tidak mahu memanjangkan cerita, kata Aweera, dia kini mahu menutup cerita lama.
“Saya sudah tidak mahu buka cerita itu lagi. Cukuplah sampai di situ. Sekarang, saya perlu fokus dengan perjalanan karier solo saya sebagai penyanyi.
“Apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu. Saya yakin apa yang terjadi dalam hidup kita ada hikmah di sebaliknya,” kongsi bekas vokalis kumpulan Mojo itu dalam satu pertemuan bersama Sensasi Bintang baru-baru ini.
Biarpun sudah tidak bersama Mojo sejak pertengahan tahun lalu, sehingga kini, nama Aweera bagaikan sudah tidak dapat dipisahkan dengan kumpulan tersebut.
Mana tidaknya, setiap kali lagu-lagu kumpulan lamanya berkumandang di radio, suara Aweera masih lagi kedengaran menyanyikan lagu-lagu tersebut.
“Seperti yang semua maklum, saya sekarang sudah tidak boleh menyanyikan lagu Romancinta lagi. Jadi, saya minta maaf kepada peminat kerana selepas ini jika ada persembahan, mereka tidak boleh meminta saya menyanyikan lagu tersebut. Harap peminat dapat memahami situasi saya,” ujar penyanyi berusia 24 tahun itu.
Jelas pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu, sungguhpun kini dia bergerak secara solo, dia tidak pernah merancang untuk mengubah imej diri untuk lari daripada penampilan lamanya.
“Kalau orang tanya, sama ada mahu menukar imej atau tidak, saya tidak mahu berbuat demikian. Inilah imej saya dengan rambut kerinting sebegini. Rambut ini boleh dikira sebagai aset. Jika saya ubah, nanti takut orang lupa pula.
“Begitu juga dengan aliran muzik saya, masih lagi mengekalkan genre rock balada,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, menurut Aweera, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Terhakis dalam masa terdekat.
“Lagu ini saya hasilkan sepenuhnya baik dari segi melodi dan lirik. Ia sudah lama ditulis, cuma baru tahun ini mahu diterbitkan.
“Tema lagu ini tidak jauh berbeza dengan lagu-lagu lain, masih lagi menceritakan kisah percintaan. Single ini juga akan dijadikan sebagai salah satu lagu runut bunyi untuk drama berjudul Nasuha,” katanya yang kini bernaung di bawah label syarikat rakaman muzik, Sony Music Malaysia.
~ Kosmo

0 ulasan:
Catat Ulasan