Majlis Kahwin Yana Samsudin Terima 90% Tajaan

Menurut laporan Laporan Rotikaya, Yana Samsudin mengakui kini persiapan majlis perkahwinannya sudah pun siap melebihi 60% dan dia juga turut mendedahkan beliau serta bakal suami menerima banyak tajaan dari pihak luar sehingga mampu menampung 90 % kos perbelanjaan kahwin.


“Kad jemputan juga baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai pihak yang sudi menaja. Dari pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk para tetamu semuanya ditaja. Cuma, makanan sahaja saya bayar sendiri,” ujarnya.

Yana turut memberitahu, tarikh perkahwinan yang dipilih tidak membawa apa-apa makna pun. Cumanya, tarik tersebut dipilih kerana adik dan bakal suaminya kini sedang bercuti dan ini akan memudahkan semua urusan persiapan perkahwinan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top