Kerjaya Impian musim kedua di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603)
Berikutan sambutan menggalakkan untuk musim pertama, Astro telah membawakan Kerjaya Impian untuk musim kedua di mana para pelajar akan didedahkan dengan bidang karier yang lebih meluas, kaedah-kaedah dalam mencapai kerjaya diimpikan dan perkongsian pengalaman oleh pengamal industri.
Musim kedua yang mempunyai 12 episod akan memaparkan sebanyak 24 bidang kerjaya secara keseluruhannya akan bersiaran pada setiap Jumaat bermula dari 30 Januari lalu, jam 5.30 petang di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).
Antara industri yang ditampilkan adalah seperti keusahawanan, filem dan televisyen, keusahawanan teknologi, media digital, minyak dan gas dan pelbagai lagi. Musim ini juga akan turut menampilkan beberapa pemain industri daripada pelbagai bidang kerjaya, antaranya chef selebriti iaitu Chef Nik Michael; dan Pengarah Pengurusan Popfolio Network, yang memiliki majalah digital Tongue in Chic, Loo Jia-Wei. Penekanan khusus turut diberikan untuk bidang keusahawanan dalam beberapa episod.
Musim ini akan memaparkan laluan kerjaya dari ijazah yang berkaitan dengan pekerjaan yang disasarkan. Kajian yang kami lakukan juga mendapati sebanyak 31% pelajar ingin mempelajari mengenai pengalaman kerjaya secara langsung dan 45% pelajar berminat untuk mempelajari mengenai laluan kerjaya impian mereka.
“Kami di Astro sangat menitik beratkan pandangan, keinginan dan kepentingan buat para penonton kami. Musim ini dilihat berbeza daripada musim sebelumnya di mana kami akan memaparkan kerjaya bukan konvensional dan juga untuk memperlihatkan kepada para pelajar bahawa impian dan matlamat mampu dicapai dengan kerjaya kontemporari serta melalui keusahawanan," ujar Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Vickie Lai.
Tetapkan impian dan matlamat untuk menentukan masa depan yang lebih cerah dalam Kerjaya Impian Musim Kedua, pada setiap hari Jumaat bermula dari 30 Januari 2015, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

0 ulasan:
Catat Ulasan