Sinopsis drama Cikgu Imah Salimah, TV1
Cikgu Imah Salimah mengisahkan Cikgu Imah Salimah yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan telah ditugaskan mengajar disebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Berita tentang tugasan sangat mengujakan Cikgu Imah Salimah namun dia terpaksa berdepan cabaran ketidakserasian pendapat dengan ibu bapa pelajar ingin membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Namun sebaliknya Cikgu Imah Salimah pula sibuk untuk mengadakan kelas tambahan demi memantapkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajarnya.
Cabaran berikutnya pula konflik Cikgu Imah Salimah dengan masalah salah seorang muridnya, Akmal. Akmal yang kematian ibu dan hidup dengan serba kesusahan bersama masalah bapanya yang hanya berniaga gerai. Bapa Akmal dibelasah hingga cacat akibat hutang lama oleh kaki pukul. Situasi ini memaksa Cikgu Imah Salimah mengambil tanggungjawab menjaga keluarga ini demi kemajuan pendidikan Akmal.
Cuti semester bermula. Kelas tambahan juga bermula. Cikgu Imah Salimah menjanjikan menu khas masakan ciptaannya pada semua penjaga yang membenarkan anak mereka menghadiri kelas tambahan. Program ini ternyata mendapat sambutan dari semua terlibat. Kesemua mereka suka akan menu-menu masakan ciptaan Cikgu Imah Salimah dan suasana menjadi ceria seketika.
Selepas itu, Puan Rosa yang sangat menyintai Cikgu Syafirul telah menaruh dendam pada Cikgu Imah Salimah. Puan Rosa merasakan hubungannya dengan Cikgu Syafirul semakin pudar akibat keakraban Cikgu Imah Salimah bersama Cikgu Syafirul. Atas dasar itu, maka Puan Rosa telah menfitnah kononnya Cikgu Imah Salimah mempunyai hubungan sulit dengan bapa Akmal. Situasi ini telah merosakkan hubungan Cikgu Syafirul dengan Cikgu Salimah.
Namun Cikgu Imah Salimah bijak menyelesaikan konflik yang kemudiannya memaksa Puan Rosa berterus- terang tentang fitnah dilemparkannya. Pada masa itu terbit rasa simpati di hati Cikgu Imah Salimah terhadap ketulusan cinta Puan Rosa pada Cikgu Syafirul.
Cikgu Imah Salimah berpegang teguh pada niatnya bila pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah iaitu dia mahu memajukan prestasi pendidikan pelajarnya dan bukan membuang masa dengan dilema cinta tiga segi. Sehubungan itu, kelas tambahan yang dijalankan oleh Cikgu Imah Salimah telah membuah kan hasil. Kelas yang sebelum ini sangat bermasalah dengan prestasi telah bertukar menjadi kelas yang paling baik dan disanjung tinggi oleh semua guru-guru disekolah itu.
Cikgu Imah Salimah disiarkan pada 12 Februari 2013, jam 3.05 petang di TVI.
Pelakon: Almy Nadia,Syed Aiman, Kuna, Delimawati, Normah Damanhuri.
0 ulasan:
Catat Ulasan