8996865

Terkejut. Hanya itu reaksi yang dapat digambarkan oleh penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari, Zamani apabila berita dia meninggal dunia tersebar luas, beberapa hari lalu.

Hakikatnya, tuan punya badan masih sihat walafiat dan tidak sedikit pun mengalami masalah kesihatan.

Menurut Zamani, dia sendiri mengetahui berita itu dari pengurusnya, Johan melalui panggilan telefon.

"Ketika mendapat tahu, saya berada di kawasan rumah. Kemudian, saya dan Johan dihujani panggilan telefon kenalan yang ingin mengetahui kesahihannya.

"Saya terkejut dan hairan bagaimana cerita ini boleh timbul. Sedangkan saya dalam keadaan sihat walafiat," katanya ketika ditemui di sidang media sempena majlis makan malam Kesatria Seni anjutan MS Entertainment and Production.

Malah, katanya dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu seperti dilaporkan sebuah portal hiburan.

Bekas vokalis kumpulan Slam ini berkata, dia tidak menderita sebarang penyakit serius walaupun badannya semakin kurus berbanding dulu.

"Di usia yang sudah mencecah 40 tahun, saya bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik. Hanya sesekali sakit yang biasa itu adalah.

"Penyakit batu karang yang pernah dialami juga semakin baik dan setakat ini saya tidak bergantung kepada ubat-ubatan," katanya yang sudah pun menjalani pembedahan membuang batu karang.

Zamani berkata, dengan berat badannya dalam anggaran 45 kilogram (kg), selera makan dan kesihatannya masih seperti biasa.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top