Susulan gosip yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini mengenai ura-ura Kak Pah mahu menarik diri dari program realiti Mentor musim 5, GUA telah mendapatkan komen Penerbit Eksekutif program realiti tersebut, Muhammad Sufian Isa berkenaan perkara tersebut.

 

Menurut Sufian, apa yang dilaporkan oleh akhbar tersebut adalah tidak benar sama sekali.

 

“Kak Pah masih meneruskan khidmatnya sebagai mentor kepada Shiha dan akan meneruskannya sehingga program ini tamat. Dakwaan yang mengatakan Kak Pah mahu menarik diri kerana dikritik hebat ekoran persembahan protegenya semakin merosot adalah tidak benar.”

 

“Kami merasakan persembahan Shiha sangat konsisten cuma pada minggu tersebut persembahan Ratna, protege kepada Afdlin Shauki menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Oleh itu tidak timbul sebarang isu yang mengatakan Kak Pah tidak bagus dalam membimbing Shiha.” tambahnya lagi.

 

Dalam artikel yang tersiar di GUA sejurus selepas persembahan di Konsert Kumpulan tersebut, Kak Pah turut berjanji akan “push” Shiha pada minggu ini

 

Shiha masih mendahului persaingan dalam Kumpulan A dengan himpunan markah sebanyak 190 markah diikuti Ratnah dengan 155 markah dan Ayish dengan 147 markah. 






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top