Sebuah mahkamah di sini semalam yang membicarakan Lohan terhadap dakwaan mencuri rantai, mendapati pelakon Mean Girls itu melanggar syarat pengawasan terhadap satu kes lain membabitkan memandu ketika mabuk dan memiliki dadah.
Berikutan perlanggaran syarat itu hakim mahkamah Los Angeles, Stephanie Sautner menjatuhkan hukuman penjara 120 hari dan perkhidmatan masyarakat selama 480 jam di rumah mayat dan penjara wanita.
Pelakon itu yang kelihatan keliru dan cemas, segera dibawa dari mahkamah oleh pihak berkuasa ke penjara.
Bagaimanapun, peguamnya, Shawn Holley memfailkan notis rayuan, membolehkan Lohan dibebaskan lima jam kemudian.
Ia bagaikan satu deja vu bagi bintang terbabit yang berdepan dengan kesalahan keempat dalam tempoh hampir setahun.
Hakim Sautner berpendapat Lohan sengaja mengambil rantai bernilai AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai mewah Venice dan menunjukkan kelemahan dengan tidak cuba memulangkannya sehingga membabitkan kes polis.
Namun, hakim itu meringankan pertuduhan serius mencuri terhadap Lohan kepada kesalahan kecil, membolehkan hukuman penjara dikurangkan setahun jika disabitkan kesalahan.
Timbalan pendakwa raya Danette Meyers, yang mengemukakan empat saksi, tidak bersetuju dengan tindakan hakim meringankan pertuduhan dan berkata pejabatnya akan mengemukakan rayuuan.
“Kami pendapat hakim jelas sekali terlalu banyak menggunakan budi bicara,” katanya.
Sautner bersetuju dengan Meyers bahawa Lohan menunjukkan niat untuk menyimpan rantai terbabit dan berkata pelakon itu memang melakukan satu kesalahan jenayah.
“Saya lihat ada niat di sini,” kata Sautner.
Bagaimanapun beliau berkata berkata kes curi membabitkan barangan lebih bernilai pernah dikurangkan kepada kesalahan kecil. – AP
0 ulasan:
Catat Ulasan