Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga kesucian agama bukan saja dalam isu tarian poco-poco, tetapi kegiatan masyarakat lain supaya tidak bertentangan dengan Islam hingga boleh menjejaskan akidah.
Jamil Khir berkata, ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi, umpamanya dalam soal berpakaian, kesopanan atau tujuan ia dijalankan supaya tidak berkaitan dengan ritual agama lain.
Katanya, apa saja termasuk tarian poco-poco boleh jadi haram jika dicampur dengan elemen lain yang bertentangan dengan Islam atau jika tujuan ia dilakukan adalah salah dan boleh merosakkan akidah.
“Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dengan mendalam hal ini sebelum membenarkan ia diamalkan, namun tanggungjawab kita sebagai umat Islam juga perlu bagi mengelak ia tidak bercampur dengan aktiviti lain yang bertentangan dengan Islam.
“Keputusan ini menyelesaikan isu dihadapi umat Islam yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada ia boleh atau tidak boleh diamalkan,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan