Anugerah Grammy semakin dekat dan siapa sangka Jabatan Amalan dan Piawaian CBS di Amerika mengambil berat tentang imej seksi para artis yang menghadiri majlis anugerah ini.
Stesen televisyen gergasi Amerika Syarikat, CBS dilaporkan mengeluarkan satu memo etika berpakaian kepada para selebriti yang akan menghadiri Anugerah Grammy.
Memo berkenaan melarang para selebriti terutama tetamu wanita memakai pakaian yang mendedahkan bahagian payudara, punggung dan kemaluan.
"Sila pastikan bahawa bahagian punggung dan payudara ditutup dengan secukupnya," kata memo yang diedarkan kepada tetamu dan wakil selebriti.
Kandungan memo tersebut turut menasihatkan agar selebriti wanita mengelak mengenakan pakaian jarang yang menampakkan payudara dan bahagian sulit.
Satu sumber memberitahu, memo itu dikeluarkan Jabatan Amalan dan Piawaian CBS bagi membendung unsur-unsur lucah dan bogel.
Antara selebriti yang pernah berpakaian mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka semasa menghadiri Anugerah Grammy ialah Toni Braxton, Lady Gaga dan Jennifer Lopez.
Anugerah berprestij kali ke-55 itu bakal berlangsung pada 10 Februari ini di Pusat Staples, Los Angeles. - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan