Kisah cinta terhalang antara Shila Amzah dan Sharnaaz semakin pilu.
Shila Amzah telah menyampaikan lagu "Ombak Rindu" sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.
Shila Amzah telah memuat naik rakaman sedih tersebut di Youtube. Dalam rakaman itu Shila menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu Omabk Rindu.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.
Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM.
Bagaimanapun sejam selepas itu, rakaman video berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman "Youtube".
Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.</div>

Smua owng ada hak msg2...kdng2 hdp klw tertlalu dkkong pn x bgs bgi dri kte..wlpn shila artis,tpi ia pn mcm kte gk....bkn smua yg di atur kn ibubpa kte,kte nk turut....wt yg terbaik...klw jdh x kmne....insyallah....
BalasPadam